Damya 5 Tahun

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Damya 4 Tahun

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Monday, August 27, 2012

:: Hari Raya Aidilfitri 2012 | Melaka ::


Gambar-gambar untuk kenangan.



Tema tahun ini kuning gold. Tahun ni paling last minit --> esok nak raya baru pegi beli baju mama, kakak & adik. Baju papa dah siap beli minggu terakhir sebelum raya. So senang kot nak cari baju kaler sama ngan papa. Ye ke? hehe.


Tapi Alhamdulillah, dapat jugak cari 3 saiz baju kaler ni kat dalam 1 kedai jer. Tapi semua tinggal last pair jer lah. Baju kakak besar sikit. Tak perlah sebab leh pakai sampai tahun depan haha. Kakak merequest tudung baru jugak. Pastu pegi cari tudung pulak. Alhamdulillah tudung macam kakak ada 2 lai.. so boleh beli untuk kakak & adik. Takut kang kalau beli selai berebut lak pagi raya tu. Tapiiiiii adik pulak tak nak pakai huhu. Bila sarungkan jer, dia macam nak muntak maybe rasa cam mencekit kot. Mama pulak dapat 2 lai tudung hehe.




Kakak & adik di rumah Nenek Ngah... main-main kat luar rumah sambil tengok ayam.



Dengan mama masa dalam kereta nak pegi beraya ke rumah Nenek Itam pulak.


Pas pegi jumpa Moyang kat rumah Nek Tam kitorang pon balik ke rumah Atok & Nenek. Pak Ngah & Mak Ngah dah nak balik Johor dah. 


Petang tu, dah start pegi beraya ke Tesco hehe. Lapar punya pasal sebab 1 hari tak jumpa nasi, pegi cari nasi kat food court :).


Pastu aktiviti menabur duit kat mainan lah pulak ha ha.


Sekian, cerita raya pertama saya.

Gambar di hari raya ketiga pulak... ada kat sini.




Sunday, August 26, 2012

:: Esok Dah Mula Sekolah ::

Selamat Hari Raya


Wah kali ni kakak dapat cuti raya dari hari Khamis before raya.. ermm dalam lebih kurang 11 hari cutinya.


So esok semua orang kot dah start keje. Mama papa umi abi dan lain2 pon dah keje esok.


Kakak pon dah mula sekolah esok hehe. Ehhh kakak terlupa bawak balik keje sekolah masa raya kat Melaka. Adeh! Terpaksalah pulun habiskan semua lepas balik KL.






Buat kerja matematik campur-tolak sampai 20. Mula-mula mama papa ajar pakai tangan. Tapi bila dah lebih 10, kakak dah tak reti dah nak guna kaki haha.


Nasib baik kat buku color ni ada tulis nombor2 sampai 100. So dah senang keje mama papa ajar kakak buat tolak.


Akhirnya keje sekolah kakak dah siap. Mama cekkan lepas tu, ada salah pulak. Tapi kakak dah letih nak betulkan. Kakak amek hp mama kakak tengok ultraman max aja kah kah kah (grrr).


Ok.. tu je yang mama rajin nak citer. Duit raya banyak jugaklah kakak n adik dapat. Nanti mama simpankan ya.






- Posted using BlogPress

Tuesday, June 19, 2012

~ Mid Year Exam Result ~


Hai Kakak,

Maaf lah lama betul mama tak update blog kakak ngan adik.

Sebenarnya ada lah sebe sikit citer kakak adik kat dalam blog mama hehe.

So hari ni mama tepek result peksa Kakak yang pertama dalam hidup hehe.

Keseluruhannya boleh tahan la dapat top 10 :).. tapi sebenarnya kalau dapat top 3 lagi gempak tao kakak. Tapi oklah for the first timer kan?





















End Year Exam nanti buat yang terbaik ya. Mama love u both!


Friday, February 17, 2012

:: 1st Studio Photoshoot ::





dan inilah hasilnya :) hihi







- Posted using BlogPress

~ we are so proud of u ~





Dapat hadiah pemadam Hannah Montana dari cikgu sebab dia sorang je yg nak jawab soalan (kira 123 guna tgn) dari cikgu


U r so brave! Keep it up sayang


- Posted using BlogPress